JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan memendekkan tempoh operasi premis perniagaan di seluruh negeri bermula hari ini bertujuan membataskan pergerakan orang ramai dalam menangani risiko penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, penguatkuasaan tersebut melibatkan premis-premis yang sebelum ini dibenarkan beroperasi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing akan memaklumkan arahan itu.