SPR adakan mesyuarat khas tentukan tarikh PRN Sabah ke-17

Iklan
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Sabah ke-17.

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

SPR dalam kenyataan memaklumkan tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Iklan
Iklan

"SPR mengambil maklum berhubung pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 pada hari ini.

"SPR telah bersiap sedia untuk melaksanakan pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan pembubaran berkenaan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. - Bernama

 

Iklan