Pelancong diserang anak beruang di Shirakawa, Jepun

Iklan
Pihak berkuasa tempatan telah menutup laluan pejalan kaki menuju ke kawasan tinjauan yang menghadap tapak Shirakawa-go - Foto: Agensi

GIFU (Jepun - Seorang pelancong lelaki warga Sepanyol cedera ringan selepas diserang seekor anak beruang ketika melawat perkampungan Shirakawa di wilayah tengah Jepun pada pagi Ahad, lapor Kyodo News memetik kenyataan kerajaan tempatan.

Mangsa berusia 40 tahun itu mengalami cedera ringan di bahagian lengan kanan.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, dia sedang berjalan bersama seorang lagi warga Sepanyol sebelum terserempak dengan seekor anak beruang yang muncul dari kawasan belukar, berhampiran hentian bas di kampung berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan telah menutup laluan pejalan kaki menuju ke kawasan tinjauan yang menghadap tapak Shirakawa-go, sementara polis dan pemburu dikerah untuk mengesan anak beruang itu.

Iklan

Shirakawa-go di wilayah Gifu merupakan destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan rumah tradisional beratap jerami.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Jepun melaporkan peningkatan kes kemunculan dan serangan beruang, termasuk insiden yang membawa maut di beberapa wilayah. - Bernama

Iklan