Perdana Menteri Perancis, Lecornu letak jawatan

Iklan
Sebastien Lecornu - Foto: Agensi

PARIS - Perdana Menteri baharu Perancis, Sebastien Lecornu meletak jawatan, umum Istana Elysee pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lecornu menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron dan Presiden menerima peletakan jawatan itu, menurut kenyataan Istana Elysee.

Iklan
Iklan

Hampir empat minggu selepas pelantikannya, Lecornu baru sahaja mengumumkan portfolio kementerian utama pada Ahad malam, namun ketua parti konservatif Republicans Bruno Retailleau, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap komposisi Kabinet baharu dan memanggil mesyuarat krisis pada Isnin.

Akibatnya, timbul spekulasi mengenai kemungkinan parti konservatif menarik diri daripada gabungan dengan kem Presiden Macron yang berhaluan tengah dan tidak mempunyai majoriti di parlimen.

Iklan
Iklan

Lecornu pada asalnya dijadual menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Rendah Parlimen Perancis iaitu Perhimpunan Kebangsaan serta mengumumkan baki pelantikan anggota Kabinet pada Selasa. - Bernama