Keluarga terjejas gempa bumi di Filipina kini melebihi 155,000

Iklan
Orang ramai berkumpul di tempat perlindungan sementara di luar rumah mereka susulan Taufan Super Haiyan di Bogo City, wilayah Cebu pada 2 Oktober lalu - Foto: AFP

MANILA - Jumlah keluarga yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan Bogo City, Cebu dan kawasan berhampiran pada 30 Sept lepas, kini melebihi 155,000, menurut data rasmi kerajaan setakat Isnin, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam laporannya, Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) memaklumkan kesemua 155,094 keluarga terjejas atau 547,394 individu berasal dari Visayas Tengah.

Iklan
Iklan

NDRRMC turut melaporkan bahawa seramai 72 orang dilaporkan maut dan 559 yang lain cedera, dengan angka itu masih dalam proses pengesahan setakat laporan ini dikeluarkan.

NDRRMC masih belum mengeluarkan anggaran kerosakan infrastruktur dan pertanian akibat gempa bumi itu.

Iklan

Mengenai bantuan kepada mangsa, agensi itu memaklumkan Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (DSWD) telah menyalurkan bantuan makanan dan bukan makanan bernilai PHP93.52 juta, dengan 187,858 keluarga menerima pek makanan keluarga setakat 5 Oktober - Bernama

 

Iklan