Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri - MetMalaysia

Iklan
Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 11 malam esok.

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 11 malam esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); serta Pahang (Maran dan Pekan).

Iklan
Iklan

Di Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan), manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan). - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan