972 ekor gagak ditembak dalam operasi di Kuala Langat

Iklan
Sebanyak 972 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Gagak Kuala Langat Siri 2/2025.

KUALA LANGAT – Sebanyak 972 ekor burung gagak berjaya ditembak dalam Operasi Gagak Kuala Langat Siri 2/2025 yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sekitar daerah ini.

Operasi berkenaan dijalankan bermula seawal jam 6 pagi hingga 8.30 malam, melibatkan 17 penembak berdaftar di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti berdasarkan aduan penduduk.

Iklan
Iklan

Antara kawasan terlibat ialah Bandar Saujana Putra (BSP), Bandar Rimbayu, Eco Sanctuary, Tropicana Aman, Pasar Awam Telok Panglima Garang, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang serta Sijangkang.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha MPKL, Zulkefli Mohamed Arif bersama Ketua Polis Balai Bandar Saujana Putra, Inspektor Taneshwaran Seritharan, serta disertai barisan pengarah dan ketua unit MPKL termasuk Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Teknologi Maklumat, Unit Integriti dan Unit Pesuruhjaya Bangunan.

Iklan

Operasi berkenaan yang dijalankan bermula seawal 6 pagi hingga 8.30 malam melibatkan 17 penembak berdaftar.

Menurut MPKL, kejayaan operasi ini membuktikan keberkesanan usaha berterusan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal populasi burung gagak yang dikenal pasti sebagai antara punca pencemaran bunyi dan kekotoran di kawasan awam.

Iklan

“Penganjuran operasi ini mencerminkan komitmen MPKL untuk memastikan persekitaran bandar Kuala Langat kekal bersih, selesa dan sejahtera buat seluruh komuniti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, program itu turut menjadi platform kerjasama strategik antara MPKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan komuniti setempat dalam menangani isu kebersihan serta keselamatan awam di kawasan berkenaan.