Lebih 700 pesakit mental di Melaka, hampir separuh alami kemurungan
Iklan
Hee Sem (empat dari kiri) melawat pameran kesihatan selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di SMK Bukit Rambai pada Ahad.
MELAKA - Melaka merekodkan sebanyak 758 pesakit mental yang masih menerima rawatan di klinik kesihatan (KK) kerajaan sejak empat tahun lalu, dengan kemurungan menjadi masalah kesihatan mental paling tinggi.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, daripada jumlah itu, 158 pesakit yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Melaka kini meneruskan rawatan susulan di KK negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pesakit yang mengalami depresi atau kemurungan dikenal pasti seramai 362 orang atau 48 peratus, manakala 182 pesakit (24 peratus) mengalami keresahan melampau sementara 136 lagi (18 peratus) menghidap skizofrenia.
“Bagaimanapun, angka ini hanya melibatkan pesakit yang dirawat di KK kerajaan. Data ini tidak termasuk mereka yang mendapat rawatan di hospital atau pusat rawatan swasta," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi.
Iklan
Hee Sem berkata, seramai 600 pesakit baharu telah didiagnosis menghidap pelbagai penyakit mental antara tahun 2021 hingga Jun 2025.
Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka juga sedang memperkukuh perkhidmatan kesihatan mental di peringkat akar umbi melalui penyediaan saringan kesihatan mental, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan, serta khidmat kaunseling dan intervensi psikososial ringan oleh pegawai psikologi dan kaunselor.
“Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke Hospital Melaka yang menyediakan perkhidmatan psikiatri, rawatan pesakit luar dan pesakit berkenaan.
"Selain itu, pusat komuniti seperti Program Mentari yang membantu pesakit kembali berfungsi dalam masyarakat," katanya lagi.
Jelas beliau, keperluan membuang stigma terhadap isu kesihatan mental perlu dilakukan supaya lebih ramai individu berani tampil mendapatkan sokongan dan rawatan.
Katanya, kesihatan mental bukan isu tabu, namun menyentuh kesejahteraan hidup rakyat secara langsung.
"Kita mesti berani bercakap serta bertindak bagi membantu mereka yang terkesan," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.