Gelombang protes pro-Palestin landa Eropah

Iklan
Protes pro-Palestin turut diadakan berhampiran Capitol di Washington pada Sabtu. Foto AFP

ROM – Ratusan ribu penunjuk perasaan di seluruh blok Eropah menyertai protes anti-Israel sebagai simbol solidariti terhadap Palestin pada Sabtu, ketika gelombang sokongan komuniti antarabangsa semakin meningkat selepas perang genosid di Gaza berlarutan selama dua tahun.

Di Rom, peserta protes berhimpun untuk hari keempat berturut-turut selepas Israel memintas puluhan kapal yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF), sekali gus menggagalkan usaha aktivis antarabangsa memecahkan kepungan maritim di Gaza.

Iklan
Iklan

Mereka turut melaungkan slogan “Bebaskan Palestin” dan “Hentikan genosid” ketika berhimpun di tengah ibu kota Itali itu.

Di Barcelona, kira-kira 70,000 penunjuk perasaan berarak di jalan utama, manakala ribuan lagi di Dublin turut membantah kempen pengeboman berterusan di wilayah Gaza.

Iklan

Guru sekolah rendah, Jordi Bas, yang mengibarkan bendera Palestin berkata, beliau tidak terkejut dengan jumlah peserta protes yang semakin meningkat.

“Orang ramai mula membuka mata dan bersama-sama menzahirkan perpaduan dengan Palestin,” ujarnya.

Iklan

Perhimpunan sama diadakan di Perancis dan disertai kira-kira 10,000 demonstran.

Difahamkan, Sepanyol dan Ireland antara pengkritik lantang terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin, yang turut menyaksikan lonjakan perhimpunan dan protes anti-Zionis di seluruh Eropah. – Agensi