HONOR hargai JBPM, sumbang telefon pintar
Iklan
HONOR menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus kepada JBPM sebagai tanda penghargaan.
HONOR Malaysia berbesar hati menganjurkan sebuah majlis penghargaan istimewa untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi meraikan khidmat bakti dan pengorbanan anggota bomba dalam menjaga kesejahteraan negara.
Pada majlis yang diadakan di ibu pejabat JBPM di Putrajaya, HONOR menyumbangkan 10 unit telefon pintar HONOR X9d 5G kepada JBPM, model terbaharu dan laris dalam Siri X itu bukan sahaja menjadi pilihan rakyat Malaysia tetapi juga anggota bomba.
Iklan
Iklan
Dalam kenyataannya HONOR berkata, HONOR X9d 5G direka dengan kekuatan dan daya ketahanan luar biasa, sama seperti ciri setiap anggota bomba yang mendepani pelbagai rintangan dengan berani terutama ketika menjalankan tugas - tugas penyelamatan.
“Setiap kali bertugas, mereka berdepan pelbagai cabaran dan keadaan ekstrem. Oleh sebab itu, HONOR X9d 5G amat sesuai untuk anggota bomba.
Iklan
“Peranti ini juga telah diberikan peningkatan lebih baik untuk rintangan air, jatuhan dan haba, sesuai untuk mengharungi cabaran-cabaran sedemikian,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Barisan tetamu kehormat HONOR dan JBPM bergambar bersama pada majlis penghargaan untuk JBPM pada Jumaat.
Iklan
Pada majlis sama, HONOR turut mengumumkan tawaran diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus kepada JBPM apabila mereka membeli X9d 5G di laman web HONOR pada jualan rasmi peranti ini yang bermula 10 Oktober dengan menggunakan alamat emel rasmi JBPM.
Diskaun istimewa tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan keberanian anggota bomba di seluruh negara.
Dalam pada itu, HONOR juga melihat potensi besar untuk memperluaskan sinergi ke arah bentuk kerjasama lebih mendalam pada masa hadapan termasuk meneroka kemungkinan menjadi rakan teknologi rasmi kepada JBPM.
HONOR turut komited meneroka ruang kerjasama yang boleh menyumbang secara signifikan kepada operasi bomba antaranya seperti latihan digital dan pemindahan teknologi bagi meningkatkan keupayaan anggota bomba dalam era digital.
Menurut HONOR lagi, antara kelebihan HONOR X9d 5G termasuk mempunyai penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS dan menjadi peranti pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun yang melindunginya dari air dan habuk selain rintangan kejatuhan.
Kekukuhan peranti ini turut disokong Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun.
Pemberian tiga jenis jaminan tersebut menjadikan HONOR X9d 5G telefon pintar pertama di Malaysia menawarkan perlindungan komprehensif seumpamanya.
Hadir dengan enam peningkatan hebat, HONOR X9d 5G sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan persekitaran pekerjaan termasuk anggota bomba.
Peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 8,300mAh dan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas.
Selain itu, paparan OLED 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.
HONOR X9d 5G dikuasakan Snapdragon 6 Gen 4, peningkatan yang besar berbanding model sebelumnya dan cipset ini memberikan prestasi serta kecekapan yang lebih baik.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.