Tambah baik mekanisme subsidi bersasar elak kumpulan tercicir
Iklan
Indrani
SHAH ALAM – Kerajaan perlu membuat beberapa penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) agar tidak ada kumpulan rakyat yang tercicir daripada mendapat manfaat.
Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Indrani Thuraisingham bagaimanapun berkata, secara keseluruhan objektif kerajaan untuk memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia adalah baik dan positif.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia berdasarkan maklum balas daripada soal selidik yang dijalankan FOMCA melalui laman web dan media sosial.
Stesen minyak turut mengambil inisiatif memberi penerangan kepada pengguna bagi membolehkan mereka membeli petrol dengan harga subsidi. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Iklan
Menurut Indrani, terdapat beberapa segmen masyarakat yang berisiko terpinggir daripada sokongan BUDI95 seperti pasangan suami isteri yang berhubungan jarak jauh (PJJ) dan terpaksa berulang-alik, maka had RM300 itu mungkin tidak mencukupi.
“Baru-baru ini juga ada warganegara Malaysia yang tinggal di Singapura.
Iklan
"Mereka mengeluh tidak dapat akses dan kerajaan telah mengatakan yang mereka akan keluarkan satu mekanisme. 
"Jadi, kita kena lihat agar tiada siapa yang tertinggal,” katanya dalam Program Wacana yang bertajuk Subsidi Bersasar: Cegah Tiris, Tingkat Hasil yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Rabu.
Panelis lain yang turut serta ialah Ahli Dewan Negara, Mohd Hasbie Muda dan Pengasas EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.
Indrani turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan kuota sementara sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
“Dalam bulan Oktober misalnya, ada Deepavali. Disember pula Krismas dan cuti sekolah.
“Ketika itu, penggunaan petrol meningkat kerana ramai keluar bercuti jadi siling kelayakan 300 liter mungkin tidak mencukupi.
“Kalau boleh ada tambahan sekitar 50 liter sempena musim perayaan. Mekanisme sebegini penting untuk memenuhi keperluan rakyat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>