Itali lumpuh dilanda mogok sokong flotila Gaza

Iklan
Ratusan orang mengambil bahagian dalam protes di Milan sebagai tanda solidariti terhadap Palestin dan mengutuk penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP

ISTANBUL - Puluhan ribu rakyat Itali turun ke jalan raya pada Jumaat menyertai mogok umum anjuran kesatuan sekerja CGIL bersama kesatuan akar umbi, sekali gus mengganggu operasi pelabuhan, perkhidmatan kereta api dan lebuh raya sebagai tanda solidariti terhadap Global Sumud Flotilla dan rakyat Gaza.

Menurut laporan Anadolu Ajansi memetik agensi berita Itali, Rai, CGIL mendakwa 100,000 orang menyertai protes di Milan, walaupun polis menganggarkan jumlahnya lebih 50,000.

Iklan
Iklan

Para penunjuk perasaan memenuhi Piazza Leonardo Da Vinci sambil mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan slogan"Free Palestine".

Seorang penunjuk perasaan pro-Palestin dilihat mengibarkan bendera Palestin di hadapan pasukan polis semasa protes yang berlangsung di lebuhraya Milan. Foto AFP

Iklan

Di Genoa, kira-kira 40,000 orang berarak dari terminal feri ke pusat bandar, manakala sekurang-kurangnya 10,000 berhimpun di Brescia.

Ribuan lagi bertindak menyekat plaza tol lebuh raya A4 di Vicenza. Di Venice, perarakan turut memutuskan akses ke pusat bersejarah bandar itu.

Iklan

Sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di lebuhraya Milan untuk menyuarakan bantahan terhadap penahanan Global Sumud Flotilla oleh tentera Israel. Foto AFP

Di Rom, penunjuk perasaan berarak dari Piazza Vittorio ke stesen Termini dengan membawa kain rentang bertulis 'Stop the genocide, we are all Global Sumud Flotilla'.

Stesen utama ibu negara Itali itu melaporkan pembatalan serta kelewatan perjalanan sehingga 80 minit.

Sementara itu, pelabuhan Livorno dan Salerno turut lumpuh akibat sekatan. - Bernama-Anadolu