PRN Sabah: Sidang media bubar DUN akan dimaklumkan kelak -Jabatan Ketua Menteri

Iklan
Spekulasi pembubaran DUN Sabah turut tersebar selepas mesyuarat Majlis Presiden melibatkan pimpinan komponen GRS diadakan pada Rabu lalu.

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Sidang media berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dimaklumkan kepada pihak media apabila tiba masanya nanti.

Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai tarikh pembubaran DUN Sabah.

Iklan
Iklan

"Memandangkan banyak pertanyaan  daripada pihak media berkaitan tarikh pembubaran DUN Sabah, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa jemputan untuk sidang media berkaitan pembubaran DUN Sabah oleh Ketua Menteri akan dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri apabila tiba masanya," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan kerjasama daripada semua pihak media amat dihargai.

Iklan

Sebelum itu, tular tarikh tertentu yang dikatakan DUN Sabah akan dibubarkan termasuk pada 3 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan susulan tamatnya penggal pentadbiran sedia ada.

Bagaimanapun, tarikh sebenar pembubaran DUN masih menjadi tanda tanya kerana tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan negeri setakat ini.

Iklan

Difahamkan, spekulasi mengenai pembubaran DUN juga turut tersebar selepas mesyuarat Majlis Presiden melibatkan pimpinan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diadakan pada malam Rabu lalu.