Insiden Kampung Sungai Baru: Polis tunggu arahan Jabatan Peguam Negara

Iklan
Fadhil ketika sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, di sini, 11 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan lengkap telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Kita sudah lengkapkan siasatan serta menghantar semua bukti kepada AGC.

"Sekarang kita tunggu arahan sama ada pendakwaan akan dibuat mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru itu turut melibatkan kecederaan terhadap Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Iklan

Sulizmie dilaporkan cedera selepas dipercayai akibat dibaling batu ketika operasi dijalankan di lokasi kejadian.

Sulizmie kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian, seramai lapan individu ditahan manakala lebih 60 saksi termasuk anggota pasukan keselamatan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Operasi pengosongan terbabit dijalankan susulan arahan mahkamah bagi perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan dengan diketuai bailif serta dibantu beberapa agensi terlibat.