Tidak faham bahasa, pertuduhan kes bunuh isteri ditangguh

Iklan
Myo Naing Soe dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor, Isnin lalu.

IPOH - Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat menangguhkan prosiding pertuduhan terhadap seorang lelaki warga Myanmar yang didakwa membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor, Isnin lalu.

Majistret S Punitha membuat keputusan itu bagi membolehkan lantikan jurubahasa selepas tertuduh, Myo Naing Soe, 37, tidak memahami pertuduhan dalam bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

Mahkamah menetapkan 25 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memberi masa menyediakan khidmat jurubahasa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes berkenaan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh selepas diasatan polis menemui kesan cekik pada leher mangsa.

Pemeriksaan pada mayat mangsa warga Myanmar berusia 28 tahun itu tidak menemui kesan kecederaan lain.

Suami mangsa iaitu tertuduh telah ditahan pada hari sama disyaki suspek utama kes.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian pad ajam 12.40 tengah hari itu berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan tersebut.

End