Hotel bajet jadi sarang pelacuran, empat wanita warga asing ditahan

Iklan
JIM Johor menumpaskan aktiviti pelacuran di sebuah hotel bajet di Johor Bahru pada Selasa. Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menumpaskan aktiviti pelacuran di sebuah hotel bajet selepas menahan empat wanita warga asing di Kebun Teh di sini pada Selasa.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi yang bermula pada jam 4 petang itu dilakukan selepas menerima maklumat awam dan risikan.

Iklan
Iklan

"Hasil operasi, pihak penguat kuasa berjaya menahan tiga wanita warga Laos dan seorang warga Filipina yang dipercayai bekerja sebagai penjaga premis.

"Semakan awal mendapati hotel bajet tersebut turut menyediakan khidmat seks dengan bayaran RM230 setiap langganan melalui aplikasi Telegram," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 39 tahun dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral dan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sepanjang pemeriksaan, satu borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Iklan

"Operasi seumpama ini akan diteruskan bagi membanteras aktiviti jenayah terancang termasuk pelacuran dan pemerdagangan manusia.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan mereka," ujarnya.