GSF: Mufti Kelantan ajak umat Islam laksana solat hajat
Iklan
Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamed
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamed mengajak umat Islam untuk terus berdoa dan mengadakan solat hajat bagi memastikan semua peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia yang ditahan berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, solat hajat merupakan salah satu cara memohon bantuan dari ALLAH selain berdoa.
Iklan
Iklan
"Banyakkan berdoa untuk keselamatan mereka (peserta) termasuklah rakyat Palestin.
"Dalam Islam, perlu ada sifat ihsan, saling tolong menolong dan membantu rakyat Palestin. Bagi saya misi ini betul dengan kerangka Islam," katanya kepada pemberita.
Iklan
Sinar Harian melaporkan, 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF disahkan dipintas tentera Israel di perairan Gaza setakat jam 10 pagi Khamis.
Menerusi paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), mereka termasuk Musa Nuwayri, Ilya Balqis dan Sul Aidil yang berada di kapal Alma, serta Zizi Kirana di kapal Huga.
Iklan
Selain itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi berada di kapal Sirius, manakala, Danish, Farah Lee di kapal Grande Blu serta penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio.
Sementara itu, lima lagi dilaporkan terputus hubungan antaranya pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazman yang berada di kapal Estrella serta Ardell yang menaiki kapal Mikeno.
Difahamkan, 12 sukarelawan yang ditahan itu sempat berkongsikan hantaran mesej SOS kecemasan di media sosial Sumud Nusantara.
Jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu ialah seramai 23 orang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>