BOGOTA - Presiden Colombia, Gustavo Petro, mengumumkan pengusiran semua diplomat Israel dari negara itu sebagai reaksi terhadap tindakan Israel menahan aktivis Global Sumud Flotilla ke Gaza, termasuk dua rakyat Colombia.
Menerusi satu hantaran di X, Petro turut berkata, perjanjian perdagangan bebas antara Colombia dan Israel telah dibatalkan serta-merta susulan apa yang disifatkannya sebagai jenayah antarabangsa terbaru oleh Benjamin Netanyahu.
Iklan
Iklan
“Di sini Netanyahu menunjukkan sikap hipokrit dirinya kepada dunia dan mengapa beliau harus dianggap penjenayah antarabangsa yang perlu ditangkap,” katanya lagi.
Petro turut menjelaskan bahawa Kementerian Luar Colombia akan memfailkan saman terhadap Israel, selain menggesa sokongan daripada peguam antarabangsa.
Petro merupakan pemimpin dunia yang lantang mengkritik Presiden Amerika (AS) Syarikat, Donald Trump kerana sokongan ketenteraaan Israel di Gaza.
Beliau turut menegaskan bahawa AS tidak akan mencapai keagunagan dengan membunuh bayi yang tidak berdaya.