Berang dengan jiran, lelaki bunuh dan makan burung merak peliharaan

Iklan
Vogt dipercayai terlalu melindungi burung merak peliharaannya sehingga tidak boleh didekati sesiapa pun. - Foto Agensi

FLORIDA - Gara-gara bertengkar dengan jiran, seorang lelaki membunuh, memasak dan memakan dua burung merak peliharaannya.

Pelaku dikenali sebagai Craig Vogt, 61, dari Hudson, Florida di Amerika Syarikat (AS) ditahan pada 23 September lalu dan berdepan pertuduhan jenayah melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Iklan
Iklan

"Vogt meletakkan nota dalam peti surat jirannya untuk memberitahu dia berbuat demikian kerana wanita itu terus memberi makan kepada kedua-dua burung merak tersebut," menurut afidavit disediakan Pejabat Syerif Daerah Pasco.

Lelaki itu juga merancang untuk membunuh kesemua burung merak peliharaannya apabila dibebaskan kerana enggan ia dipelihara individu lain.

Iklan

Bagaimanapun, masih tidak jelas jumlah sebenar burung merak yang dipelihara Vogt.

"Ia berpunca kerana pertelingkahan dengan jiran dan dianggap sebagai insiden terpencil serta tidak mengancam keselamatan awam," jelas pejabat syerif itu dalam satu kenyataan. - Agensi

Iklan