Nahas Plaza Tol Kajang: JPJ serah laporan audit syarikat lori kepada menteri

Iklan
Masalah brek sebuah lori didakwa menjadi punca kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu.

HULU SELANGOR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merujuk laporan penuh audit syarikat pengendali lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang baru-baru ini kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Rabu.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, siasatan pihaknya telah selesai.

Iklan
Iklan

"Kita telah melakukan audit ke atas syarikat terbabit.

"Laporan tersebut akan diserahkan kepada menteri hari ini (Rabu)," katanya pada sidang akhbar di Stesen Penguat kuasa Kalumpang di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam tragedi kira-kira jam 10.50 pagi, 27 September lalu, seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan maut manakala tujuh lagi cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilanggar sebuah lori yang disyaki mengalami masalah brek.

Pemandu lori berusia 42 tahun itu mengaku melompat keluar dari kenderaan berat sebelum nahas tragik tersebut.

Iklan

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.