Lapan maut, lombong emas runtuh di Malawi

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam runtuhan lombong emas di Kasungu, Malawi. Gambar hiasan

LILONGWE - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas sebuah lombong emas runtuh pada Selasa di Kasungu, kira-kira 150 kilometer di utara ibu negara Malawi, Lilongwe, lapor Xinhua.

Menurut penduduk, kejadian berlaku di pinggir Daerah Kasungu apabila seorang pelombong menggunakan mesin penggerudi untuk melombong emas, menyebabkan gegaran kuat di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

"Akibatnya, dinding satu daripada terowong runtuh dari ketinggian kira-kira 15 kaki (4.6 meter), menimbus pelombong yang berada di dalamnya,” kata seorang ketua kampung.

Seramai13 pelombong dilaporkan terperangkap tetapi berjaya diselamatkan kerana semuanya berada di lokasi sama ketika runtuhan berlaku.

Iklan

Polis di Kasungu melaporkan mangsa termasuk lelaki, wanita dan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.

Jabatan Pengurusan Bencana Malawi berkata, ia telah menerima laporan kejadian dan mengambil tindakan segera.

Iklan

Walaupun terdapat sekatan kerajaan, aktiviti perlombongan emas tidak berlesen masih berterusan di beberapa kawasan di Malawi, kebanyakannya dijalankan tanpa langkah keselamatan yang sewajarnya. - Bernama-Xinhua