Penggiat p-hailing, e-hailing perlukan hingga 700 liter petrol sebulan

Iklan
Mohd Sharkar Shamsudin (duduk, tengah) bersama lebih 60 wakil penggiat industri gig selepas mesyuarat agung pertama yang diadakan di Kuala Lumpur.

KUANTAN - Golongan pemandu e-hailing dan p-hailing memerlukan antara 600 hingga 700 liter sebulan berbanding kuota petrol 300 liter sebulan yang ditetapkan menerusi Program Budi Madani RON95 (BUDI95) kerana jumlah itu didakwa tidak mencukupi menampung operasi harian.

Pengerusi Majlis Gig Malaysia (MyGig), Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kebanyakan penggiat industri terbabit memerlukan jumlah tersebut bagi menjalankan tugas sepenuh masa, khususnya di kawasan bandar yang padat dan berisiko tinggi daripada segi kos bahan api.

Iklan
Iklan

Menurutnya, luahan itu disuarakan hasil mesyuarat agung pertama bersama lebih 60 wakil penggiat industri gig di ibu negara pada Selasa.

“Kuota 300 liter ini tidak selari dengan realiti kerja lapangan. Ramai pemandu terpaksa menanggung kos tambahan tinggi akibat penggunaan petrol melebihi kuota.

Iklan

“Kerajaan wajar menilai semula secara inklusif berdasarkan data sebenar penggunaan petrol,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Jelasnya, MyGig turut mencadangkan agar satu mekanisme khas diwujudkan untuk menilai kelayakan serta keperluan penggiat industri secara berkala supaya bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, semua rakyat Malaysia layak menerima subsidi 300 liter petrol RON95 menerusi BUDI95 yang berkuat kuasa 30 September lalu dengan harga ditetapkan RM1.99 seliter, manakala bukan warganegara dikenakan RM2.60 seliter.

Dalam pada itu, Mohd Sharkar berkata, penubuhan MyGig sebagai platform pemerkasaan baharu akan berperanan sebagai suara rasmi lebih 1.2 juta penggiat industri gig di seluruh negara.

“Inisiatif ini memberi ruang selamat untuk komuniti gig berkongsi cabaran, menyuarakan keluhan dan mengemukakan aduan secara berpusat,” ujarnya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan segera melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat bagi menjamin perlindungan dan kebajikan jutaan penggiat ekonomi gig di negara ini.

Selain itu, MyGig juga menggesa penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) disegerakan yang bukan sahaja akan berfungsi sebagai pusat advokasi dan kawal selia, malah berperanan penting dalam menyeimbangkan kuasa kapitalisme digital agar lebih adil dan beretika.

"Golongan pekerja gig kini semakin terhimpit dari segi pendapatan, perlindungan sosial dan kestabilan pekerjaan.

"Sampai masanya kerajaan bertindak segera demi kelangsungan industri ini,” jelasnya MyGig buat pertama kalinya mengadakan mesyuarat agung yang mengumpulkan lebih 60 wakil penggiat industri.

Beliau berkata, majlis tersebut akan terus tampil sebagai platform pemerkasaan baharu yang bakal menjadi perantara kepada lebih 1.2 juta penggiat industri gig di seluruh negara.