Dua tahun empat beranak tinggal dalam kereta

Iklan
Gulam Muszaffar (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu semasa menziarahi keluarga terbabit di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga empat beranak terpaksa tinggal dalam kereta dengan menjadikan pekarangan Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini sebagai tempat berteduh sejak dua tahun lalu selepas berpindah dari Temerloh, Pahang.

Kisah pilu itu mendapat perhatian selepas ia didedahkan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

Iklan
Iklan

Menurut Gulam Miszaffar, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Perak itu bergantung sepenuhnya kepada kenderaan lama mereka sebagai ‘rumah’.

"UMNO Bahagian Batu segera mengambil tindakan dengan menghubungi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyalurkan bantuan segera," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Beliau menegaskan, usaha itu adalah sebahagian komitmen parti dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

"UMNO Batu itu akan berusaha mendapatkan rumah transit buat keluarga ini selain membantu mereka mencari rumah sewa agar dapat hidup lebih selesa," katanya.

Iklan

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada MAIWP dan DBKL mengenai perkara itu.