Cinta berlainan kasta: Remaja 17 tahun maut ditembak bapa

Iklan
Suspek membungkus mayat anaknya dalam karung terpal dan membuangnya ke dalam sungai. Gambar hiasan

BHOPAL – Seorang bapa di Madhya Pradesh, India ditahan selepas didakwa menembak mati anak perempuannya berusia 17 tahun kerana menjalin hubungan dengan lelaki daripada kasta berlainan, lapor The Times of India.

Mangsa, seorang pelajar Kelas 12 (setaraf pra-universiti), dilaporkan hilang sejak 23 September.

Iklan
Iklan

Seorang jiran mendakwa terdengar bunyi tembakan dan jeritan dari rumah keluarga itu pada malam kejadian sebelum remaja berkenaan tidak lagi kelihatan.

Menurut polis, suspek dipercayai membungkus mayat anaknya dalam karung terpal, mengikat dengan batu sebelum membuangnya ke dalam Sungai Kwari berhampiran kampung mereka, Bhagwan Singh Ka Pura.

Iklan

Pada awalnya, lelaki itu memberikan keterangan bercelaru termasuk mendakwa anaknya menembak diri sendiri dan dia telah membakarnya di tepi sungai.

Bagaimanapun hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran berkaitan hubungan cinta berlainan kasta sebelum suspek akhirnya mengaku melepaskan tembakan.

Iklan

Mayat remaja itu ditemui oleh Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) dalam operasi mencari dan menyelamat pada Ahad lalu sebelum polis menghantar mayat tersebut untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Siasatan awal turut mendapati kejadian menyayat hati itu berlaku di hadapan adik perempuan mangsa.