Ibu muda kesal bayi disentuh tanpa izin

Iklan
IryJewels mendakwa orang asing sering menyentuh kulit anaknya. Foto Agensi

SINGAPURA – Seorang ibu muda berusia 25 tahun meluahkan rasa kesal apabila anaknya kerap disentuh orang asing tanpa kebenaran, malah turut menerima pelbagai komen yang dianggap melampaui batas.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai IryJewels berkongsi pengalamannya di TikTok, mendedahkan orang yang tidak dikenali sering cuba menyentuh anak lelakinya berusia sembilan bulan, termasuk ada yang berani membuka kanopi stroller dan menenangkan bayinya yang menangis.

Iklan
Iklan

“Bukan cucu kamu pun, kenapa nak sentuh bayi orang lain?” katanya dalam rakaman tersebut, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai menjengkelkan serta membimbangkan dari segi kebersihan.

IryJewels berkata kejadian sebegitu hampir berlaku setiap minggu di pusat beli-belah atau pengangkutan awam.

Iklan

Malah ada juga yang memberi komen tidak diminta seperti menilai bentuk badan anaknya dan cara pemakanannya.

Menurutnya, walaupun memahami orang ramai menganggap bayinya comel, tetapi tindakan menyentuh tanpa izin menimbulkan kerisauan kerana tidak mengetahui tahap kebersihan tangan individu berkenaan.

Iklan

“Kadang-kadang ia berlaku terlalu cepat sampai saya tak sempat nak halang,” ujarnya.

Pengakuan Jewels mendapat sokongan ramai ibu bapa lain yang berkongsi pengalaman sama.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menyifatkan aduan itu keterlaluan dan menganggap ibu bapa muda masa kini terlalu banyak merungut. - Agensi