'Harap ini bukan rakaman suara terakhir saya'- Hazwani Helmi

Iklan
Tangkap layar hantaran Hazwani di Thread.

SHAH ALAM -"Saya harap ini bukan rakaman suara terakhir saya,” itu luahan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi yang masih dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Hazwani berkata, mereka telah memasuki zon kuning dan keadaan masih terkawal, bagaimanapun tetap meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan pasukan.

Iklan
Iklan

“Insya-ALLAH, hendak minta doa daripada semua makin mendekati Gaza, Masya-ALLAH, satu-satu ujian datang namun masih dalam keadaan terkawal cuma doakan.

"Kami pun dah reda. Kami hendak minta maaf awal-awal sekiranya ada salah dan silap, halalkan segalanya dan terus mendoakan,” katanya dalam rakaman suara yang dikongsi melalui Thread.

Iklan

Dalam hantaran berasingan, Hazwani turut menceritakan bagaimana radio kapal dinaikinya, Johnny M secara tiba-tiba dipintas dengan lagu Natural Mystic nyanyian Bob Marley sebelum kapal mereka dimasuki air beberapa jam kemudian.

Walaupun menganggap ia mungkin sekadar kebetulan, Hazwani menegaskan mereka tetap yakin dengan kuasa ALLAH SWT.

Iklan

"Beberapa jam kemudian, kapal kami masuk air. Mungkin kebetulan, tapi kami yakin dengan kuasa ALLAH SWT. Pasukan kita kekal sumud, Insya-ALLAH,” tulisnya.