Sembilan penunggang motosikal ditahan kes kepung, serang pemandu Myvi

Iklan
Video tular 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi.

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Seramai sembilan lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes 20 penunggang motosikal yang bertindak mengejar dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua individu berusia 13 hingga 21 tahun itu ditahan di Puchong dan Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Sembilan lelaki termasuk enam suspek di bawah umur ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden itu.

"Kita turut merampas tiga buah motosikal, kesemua individu itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan," katanya Salam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, media melaporkan polis memburu 20 penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam insiden itu.

Dalam insiden cemas itu, pemandu kereta terbabit, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, terpaksa menahan detik ketakutan apabila dikepung kumpulan samseng jalanan berkenaan.

Iklan

Muhamad Farid dilaporkan berkata, mangsa tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Menerusi rakaman berdurasi 29 saat itu, kereta dipandu pengadu dikelilingi sekumpulan penunggang motosikal.

Dalam rakaman itu, motosikal dilihat bergerak rapat di kedua-dua sisi dan hadapan kereta seolah-olah cuba mengepung serta menghalang laluan kenderaan berkenaan.

Seorang daripada penunggang motosikal turut dilihat menumbuk cermin bahagian pemandu sebelum menendang pintu di bahagian sama, menyebabkan pemandu memperlahankan kereta bagi mengelak insiden lebih buruk.