Kerajaan setuju turun harga siling topeng muka

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menurunkan harga siling topeng muka yang kini ditetapkan pada harga RM2.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga tersebut akan diumumkan selepas mesyurat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan (KDNHEP) pagi esok.

Iklan
Iklan

"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan tidak bersetuju dengan harga siling (RM2 bagi setiap keping topeng muka) dan mahu ia diturunkan lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Harga siling topeng muka kini RM2 sekeping

Iklan

'Kenaikan 150 peratus adalah keterlaluan, mendadak'

"Tidak ada sebab untuk menaikkan topeng muka ini kerana kerajaan telah bersetuju untuk menghapuskan duti import pembelian topeng muka. Esok harga baharu akan diputuskan,” katanya pada Sidang Media (non health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Iklan

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembelian 10 juta topeng muka dari China oleh kerajaan akan memberikan keutamaan kepada barisan hadapan negara.

"Pembelian topeng muka ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Keutamaan ialah untuk barisan hadapan.

"Selebihnya akan diagihkan di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi. Jika ada keperluan lagi, kerajaan akan membeli topeng muka pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan sebanyak 10 juta bekalan topeng muka akan dibawa secara berperingkat ke negara ini dan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan.