Remaja 15 tahun didakwa tawar khidmat seks di Telegram dirujuk ke JKM

Iklan
Ketua Polis Kelantan mengesahkan terdapat laporan berkaitan remaja terbabit dan kes dirujuk kepada JKM.

KOTA BHARU – Polis Kelantan merujuk kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat turut mengesahkan terdapat laporan berkaitan remaja terbabit dan kes itu dirujuk kepada JKM memandangkan mangsa masih di bawah umur.

Iklan
Iklan

“Pada awalnya, remaja terbabit adalah mangsa rogol dan mungkin disebabkan kecewa, perkara ini berlaku.

“Kami sedang menyiasat sama ada faktor kesusahan atau lain-lain menyebabkan remaja berkenaan menawarkan perkhidmatan seksual,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di Istana Balai Besar di sini pada Isnin.

Mohd Yusuff berkata, polis juga dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja terbabit.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan seorang ibu tunggal membuat laporan polis pada Sabtu lalu, selepas mengesyaki anak perempuannya yang berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram.