LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiga pemain warisan Johor Darul Ta’zim (JDT) Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang tempoh penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Perkara itu dimaklumkan selepas MFL menerima notis rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan FIFA yang menggantung tujuh pemain warisan negara selama 12 bulan kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.