FIFA hipokrit: Malaysia dihukum, Israel dibela

Iklan
Kes Malaysia membuktikan bahawa FIFA bukan sekadar badan sukan, tetapi medan kuasa geopolitik. Foto hiasan

MALAYSIA terkenal sebagai sebuah negara kecil tetapi lantang mempertahankan nasib rakyat Palestin di pentas dunia.

Namun kelantangan itu nampaknya hadir bersama harga yang mahal. Terbaharu, FIFA menjatuhkan hukuman berat terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan denda RM1.85 juta serta penggantungan tujuh pemain warisan selama setahun atas tuduhan “dokumen palsu”.

Iklan
Iklan

Persoalan yang dilontarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim - “Who was in New York?”, seolah-olah membuka tabir realiti sebenar bahawa keputusan FIFA tidak bebas daripada pengaruh atau kuasa ‘tangan-tangan ghaib’ luar.

Apabila Malaysia bertegas menyokong Palestin, negara ini berdepan risiko menjadi sasaran tekanan terselindung.

Iklan

Hakikatnya, FIFA yang sering melaungkan slogan ‘Football Unites the World’, namun tindakannya jelas bertentangan dengan prinsip asal iaitu menjauhkan sukan daripada sebarang bentuk campur tangan politik.

Malaysia menjadi contoh nyata bagaimana sebuah negara yang berani bersuara demi keadilan global akhirnya diperlakukan tidak adil di pentas sukan.

Iklan

Ironinya, FIFA begitu tegas menghukum Malaysia, tetapi pada masa sama terus membenarkan Israel bersaing dalam bola sepak antarabangsa meskipun negara itu sejak puluhan tahun melakukan penindasan kejam terhadap Palestin.

Contohnya, pada 2015, Palestin membawa usul ke Kongres FIFA untuk menggantung Israel kerana sekatan perjalanan pemain Palestin serta kelab Israel yang bermain di kawasan Tebing Barat yang dijajah.

Tetapi usul itu digagalkan selepas tekanan kuasa besar dan kompromi politik dalam FIFA sendiri. Israel bebas, Palestin terus sengsara.

Pada 2022 semasa Rusia digantung serta-merta daripada semua pertandingan FIFA kerana pencerobohan ke atas Ukraine, Israel tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun melakukan pelanggaran hak asasi lebih lama dan konsisten.

Ini menonjolkan double standard yang jelas. Rusia dihukum kerana melanggar norma antarabangsa, tetapi Israel dilindungi kerana hubungan rapat dengan kuasa besar dunia.

Kes Malaysia membuktikan bahawa FIFA bukan sekadar badan sukan, tetapi medan kuasa geopolitik.

Apabila Malaysia dihukum dengan keras, manakala Israel terus diberi kebebasan, jelas sekali bola sepak dunia telah dijadikan alat politik.

Malaysia membayar harga mahal kerana memilih keberanian untuk menegakkan kebenaran.