KOTA BHARU - Seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan 11,050 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi disambung reman selama tiga hari bermula esok.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di sini hari ini, selepas membenarkan permohonan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek lelaki berumur 28 tahun itu mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.