Kelab Sepanyol gantung pemain warisan Harimau Malaya

Iklan
Palmero

[DIKEMAS KINI] KELAB divisyen tiga Sepanyol, Unionistas de Salamanca CF membuat keputusan menggantung pemain warisan Harimau Malaya, Gabriel Palmero susulan penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataan rasmi kelab tersebut, Unionistas de Salamanca CF mengesahkan pihaknya telah menerima makluman berhubung keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA.

Iklan
Iklan

Ia menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain termasuk Palmero dikenakan hukuman kerana pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.

Menurut kenyataan itu, kelab berkenaan kini sedang mengumpul segala maklumat berkaitan isu tersebut bagi menilai langkah dan tindakan selanjutnya.

Iklan

"Pasukan sedang mengumpul semua maklumat berkaitan kes ini untuk menilai langkah seterusnya.

"Pemain itu akan diketepikan daripada sebarang aktiviti sukan sehingga perkembangan rasmi dimaklumkan," kata pasukan itu.

Iklan

Palmero merupakan antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung oleh FIFA dalam kes kontroversi melibatkan dokumen pendaftaran pemain tidak sah.