Desakan hapus tembok konkrit selepas kematian tragis bekas pelatih Arsenal

Iklan
Vigar meninggal dunia pada Khamis selepas kepalanya terhentak pada tembok konkrit ketika beraksi bersama Chichester City. FOTO: Agensi

TRAGEDI menimpa bekas bintang akademi Arsenal, Billy Vigar yang meninggal dunia pada usia 21 tahun selepas terhentak pada tembok konkrit ketika beraksi bersama Chichester City telah mencetuskan desakan agar struktur keras di sekeliling padang bola sepak diharamkan.

Dalam aksi liga bawahan di gelanggang Wingate & Finchley berhampiran London, Vigar terhentak pada dinding berhampiran garisan padang ketika cuba mengekalkan bola dalam kawasan permainan.

Iklan
Iklan

Beliau mengalami kecederaan otak parah, koma selepas insiden itu dan menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada Khamis.

Susulan insiden itu, petisyen dinamakan ‘Vigar’s Law’ dilancarkan dengan lebih 1,000 orang menurunkan tandatangan dalam tempoh hanya beberapa jam bagi menuntut penghapusan tembok konkrit di stadium.

Iklan

Peminat menyifatkan kematian Vigar sebagai tragedi yang boleh dielakkan dan menuntut langkah keselamatan segera bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Penghormatan buat Vigar turut dizahirkan kelab yang pernah disertainya termasuk Arsenal, Derby County, Eastbourne Borough dan Hastings United, manakala bunga-bungaan diletakkan di luar stadium Chichester sebagai tanda simpati.

Iklan

Persatuan Bolasepak England (FA) dalam kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga dan semua yang terkesan dengan pemergian Vigar.

Vigar merupakan produk akademi Hale End Arsenal, menandatangani kontrak profesional pada 2022 sebelum meneruskan karier bersama Hastings dan Chichester.