Tiada rakyat Malaysia terjejas taufan Tropika Opong

Iklan
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam taufan Tropika Opong di Filipina

SHAH ALAM – Kedutaan Besar Malaysia di Manila memantau rapat situasi terkini Taufan Tropika Opong atau Taufan Bualoi yang telah membawa hujan lebat sehingga mengakibatkan ratusan keluarga dipindahkan.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan, sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat taufan berkenaan.

Iklan
Iklan

Namun rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah digalakkan untuk berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” menurutnya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila bagi mendapatkan khidmat sokongan sewajarnya.

Selain itu sedutaan boleh dihubungi di alamat Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina atau melalui talian telefon +63 2 8662 8200 / 0917 864 0761.

Iklan

Rakyat Malaysia juga boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan permohonan bantuan konsular menerusi e-mel rasmi kedutaan di mwmanila@kln.gov.my.

Setakat ini taufan Tropika Opong berada di kawasan tengah Filipina dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer (km) sejam dan kelajuan angin maksimum dicatatkan 110 km sejam.