KRW FC, Dunga sepakat tamat kontrak

Iklan
Dunga tamatkan kontrak dengan KRW FC. Foto: Ihsan KRWFC

KELANTAN Red Warrior (KRW) FC dan penyerang import Kenya, Ismael Salim Dunga mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan rasmi kelab, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama antara pengurusan KRW FC, ejen dan pemain berusia 32 tahun itu.

Iklan
Iklan

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Ismael Salim Dunga atas segala komitmen dan dedikasinya sepanjang bersama pasukan.

“Kami mendoakan kejayaan beliau dalam karier selepas ini,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Dunga yang dibawa masuk pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2026/27 ditutup pada 1 September lalu gagal mempamerkan prestasi diharapkan apabila tidak menjaringkan sebarang gol dalam tiga penampilan bersama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Bekas pemain kelab J3 Jepun, Kamatamare Sanuki itu direkrut bagi memperkukuh jentera serangan KRW FC namun tidak berjaya menyesuaikan diri dengan rentak Liga Super.

Iklan

Dengan perkembangan ini, KRW FC dijangka menilai semula keperluan mendapatkan penyerang baharu menjelang jendela perpindahan seterusnya bagi memastikan cabaran pasukan dalam saingan liga tidak terjejas.