Bas ekspres bawa 15 penumpang terbalik di Kuala Krai

Iklan
Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi Jumaat. Foto JBPM Kelantan

KOTA BHARU - Sebuah bas ekspres yang membawa 15 penumpang termasuk pemandu terbalik dalam kejadian di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, panggilan kecemasan diterima melalui sistem MERS pada 5.30 pagi daripada orang awam.

Iklan
Iklan

Operasi menyelamat dijalankan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera. Foto JBPM Kelantan

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian dan BBP Kuala Krai segera digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 5.54 pagi.

Iklan

"Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah bas dengan jumlah keseluruhan mangsa 15 orang termasuk pemandu. Dua mangsa dilaporkan tersepit

Operasi menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera. - Bernama

Iklan