Dari Johor ke Riyadh: Arif Aiman ukir nama Malaysia

Iklan
Arif Aiman. Foto Malaysia NT

TONGGAK utama Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, mengukir sejarah tersendiri apabila diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebagai salah seorang daripada tiga calon akhir Anugerah Pemain Terbaik AFC 2025.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi anak Malaysia pertama yang tersenarai bagi anugerah utama berprestij tersebut sejak ia diperkenalkan, sekali gus meletakkan namanya sebaris bintang bola sepak terkemuka Asia.

Iklan
Iklan

Selain Arif Aiman, dua lagi calon akhir yang bakal merebut gelaran itu ialah pemain Qatar, Akram Afif dari kelab Al-Sadd serta pemain Arab Saudi, Salem Al Dawsari dari kelab Al-Hilal.

Majlis penganugerahan Anugerah AFC Riyadh 2025 akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Oktober ini.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengharumkan nama negara apabila disenaraikan bersama Persatuan Bolasepak Guam (GFA) dan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) sebagai tiga calon akhir bagi Anugerah Pengiktirafan Presiden AFC untuk Bola Sepak Akar Umbi (Kategori Perak).