Pentadbiran Trump kemuka pelan damai 21 perkara untuk Gaza kepada pemimpin Arab

Iklan
Steve Witkoff. Foto Agensi

ANKARA - Pentadbiran Trump mencadangkan pelan damai 21 perkara kepada pemimpin Arab bagi menamatkan serangan di Gaza dalam usaha menyambung semula diplomasi selepas rundingan yang tertangguh selama beberapa bulan, menurut laporan media, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Utusan Khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff pada Rabu berkata beliau"berharap dan boleh saya katakan juga yakin" yang kejayaan mungkin dicapai dalam beberapa hari lagi, selepas apa yang beliau sifatkan sebagai"sesi yang sangat produktif" antara Presiden Donald Trump, pegawai AS dan pemimpin serantau di sidang kemuncak Concordia di New York.

Iklan
Iklan

Pelan itu menyeru kepada pembebasan semua tawanan, gencatan senjata kekal, pemerintahan Gaza tanpa Hamas dan pengunduran secara berperingkat pasukan tentera Israel, menurut satu sumber yang diberi taklimat mengenai perbincangan itu, lapor CNN.

Pemimpin Arab menyokong sebahagian besar cadangan itu tetapi meminta beberapa penambahan, termasuk jaminan tiada penaklukan Tebing Barat, mengekalkan status quo Baitulmuqaddis, peningkatan bantuan kemanusiaan, dan menangani isu penempatan Israel, menurut diplomat serantau kepada CNN.

Iklan

Momentum perbincangan meningkat selepas serangan Israel di Doha yang mengganggu rundingan tidak langsung terdahulu dengan Hamas. Dalam pertemuan dengan Trump, Qatar menawarkan untuk terus menjadi pengantara jika Israel bersetuju untuk tidak menyerang wilayahnya lagi.

Setiausaha Negara AS Marco Rubio menggesa agar rundingan dipercepatkan dengan berkata,"Masa semakin suntuk.”

Iklan

Kerajaan Eropah yang diberi taklimat mengenai pelan itu berkata ia boleh membantu mengurangkan risiko penaklukan Israel serta mengukuhkan usaha untuk memperluas Perjanjian Abraham.

Pemimpin bersetuju untuk bertemu semula dengan pegawai AS minggu ini bagi memperhalusi cadangan itu, lapor CNN. - Bernama