JKR siasat runtuhan projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit - Exco
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Hanafiah)
KUALA NERUS – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu sedang menjalankan siasatan berhubung insiden runtuhan projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit yang berlaku pada Rabu.
Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri memandang serius insiden itu dan akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.
Iklan
Iklan
"Kita akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara ini pada 29 September depan.
"Sekarang pihak JKR sedang menyiasat punca runtuhan dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini pada Selasa, Hanafiah bersama pegawai kerajaan negeri meninjau kerja membaik pulih laluan di kawasan terbabit yang menelan kos RM4.95 juta.
Projek itu mula dilaksanakan sejak 8 April lalu dan dijadualkan siap pada 7 Oktober depan meliputi kerja pembersihan runtuhan, geoteknikal, pembinaan dinding penahan, pemasangan sistem geotekstil, tambakan pasir serta penstabilan struktur tanah.
Iklan
Pada Januari lalu, laluan berkenaan pernah terputus selepas dibadai ombak setinggi 2.4 meter ekoran fenomena air pasang besar sebelum kerja baik pulih dimulakan.
Sementara itu, Hanafiah menjelaskan kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut melaksanakan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus yang merangkumi kawasan dari Pantai Mengabang Telipot hingga ke Pantai Batu Rakit.
Projek berimpak tinggi itu merangkumi kerja-kerja beach nourishment serta pembinaan 16 unit benteng pemecah ombak (breakwater) dengan kemajuan semasa mencapai 46.79 peratus.
Selain itu, kerja baik pulih jalan yang terjejas akibat hakisan di Kampung Tanjung, Batu Rakit juga sedang dijalankan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran akses jalan raya.
Jelas beliau, usaha itu adalah sebahagian komitmen kerajaan negeri untuk memulihkan pantai yang terhakis sekali gus melindungi rakyat, harta benda, kemudahan awam dan infrastruktur daripada ancaman hakisan yang semakin kritikal.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>