Rempuh lampu isyarat, kepala lelaki tersangkut hampir sejam

Iklan
Seorang lelaki menjadi tular selepas kepalanya tersangkut hampir sejam dalam sebuah lampu isyarat. Foto Agensi

CHENGDU – Seorang lelaki di China menjadi tular selepas kepalanya tersangkut hampir sejam dalam sebuah lampu isyarat, selepas dia merempuh struktur tersebut dengan skuter elektrik yang ditunggangnya.

Insiden aneh itu berlaku di bandar Chengdu bulan lalu apabila mangsa, yang menunggang laju, terlanggar lampu isyarat berkenaan hingga menyebabkan kepalanya tersangkut di dalam kotak besi berkenaan.

Iklan
Iklan

Pasukan bomba dipanggil untuk membantu dan mengambil masa kira-kira 40 minit memotong struktur logam itu sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Lelaki tersebut dibawa ke hospital dan dilaporkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Namun, mangsa kini berdepan 'kesakitan' lain apabila menjadi bahan jenaka dalam talian, dengan pengguna media sosial menggambarkan kejadian itu sebagai 'dia selamat, tapi lampu yang jadi mangsa' dan ada yang menyamakan mangsa dengan adiwira Green Lantern.-Agensi