Baru seminggu bertugas, TPR SPRM dicekup disyaki miliki dadah

Iklan
Seorang TPR SPRM yang baru bertugas ditahan polis berkaitan kes dadah - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru melaporkan diri untuk bertugas minggu lalu telah ditahan polis berkaitan kes dadah pada Selasa.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum berhubung penahanan tersebut.

Iklan
Iklan

“Pegawai tersebut telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya dan pemeriksaan yang dijalankan turut menemui bahan terlarang yang disyaki dadah.

“SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini dan memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Iklan

SPRM menegaskan bahawa Suruhanjaya itu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangannya.

SPRM turut menyatakan komitmennya untuk memastikan integriti serta tata kelola organisasi sentiasa dipelihara.

Iklan