Hampir 100 kerbau mati dipijak dalam rempuhan

Iklan
Punca kematian kerbau akibat dipijak semasa cuba melarikan diri daripada serangan singa di di sepanjang Sungai Chobe, Namibia. Foto AFP

WINDHOEK - Sekurang-kurangnya 90 ekor kerbau mati dipijak dalam kejadian rempuhan ketika melarikan diri daripada serangan singa di timur jauh Namibia, awal pagi Selasa, menurut pegawai hidupan liar.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) di sepanjang Sungai Chobe, dalam kawasan pemuliharaan Zambezi yang terkenal dengan air terjun, hutan dan kawasan paya yang kaya dengan hidupan liar.

Iklan
Iklan

Jurucakap Kementerian Pelancongan, Ndeshipanda Hamunyela berkata, singa terbabit telah mengejar kumpulan kerbau berkenaan dari Botswana yang bersempadan dengan kawasan itu.

Beliau memaklumkan haiwan-haiwan tersebut terjatuh dari tebing curam ke dalam sungai sebelum sebahagiannya bertindih antara satu sama lain hingga mengakibatkan kematian.

Iklan

Rakaman video yang dikongsi penyiar negara, Namibia Broadcasting Corporation, menunjukkan puluhan lelaki menggunakan kapak untuk memotong daging kerbau dan memuatkannya ke dalam trak pikap.

Namibia, sebuah negara separa gurun di selatan Afrika, memperoleh kira-kira tujuh peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya melalui sektor pelancongan.

Iklan

Pada 2018, lebih 400 ekor kerbau yang turut dipercayai dikejar singa dilaporkan mati lemas di sebuah sungai di utara Botswana, namun insiden seumpama itu biasanya melibatkan angka kematian yang lebih kecil. – AFP