KUALA LUMPUR – Siri telefon pintar HONOR X terus membuktikan penguasaannya dalam pasaran apabila berjaya kekal sebagai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terlaris di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, sejak mula diperkenalkan pada tahun 2022.
Ketahanannya dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti hujan lebat, jatuh daripada genggaman dan penggunaan harian berpanjangan telah menjadikan Siri X bukan sekadar peranti, sebaliknya teman setia rakyat Malaysia. Malah, kejayaan itu melayakkannya digelar sebagai ‘Pilihan Utama Rakyat Malaysia’.
Bermula dengan HONOR X9
Kisah kejayaan ini bermula pada 2022 dengan pelancaran HONOR X9 yang tampil dengan slogan ‘Lagi Tahan, Lagi Best’.
Ia menjadi titik tolak kepada perubahan landskap telefon pintar pertengahan dengan memberi pilihan lebih tahan lasak kepada pengguna. Model itu juga mencetuskan fenomena apabila diterima baik rakyat Malaysia, sekali gus melahirkan kelompok pengikut setia.
Skrin paling kukuh di pasaran
Tidak berhenti di situ, HONOR memperkenalkan X9a dan X9b yang tampil dengan skrin lebih tahan hentakan. HONOR X9a menjadi sensasi dalam talian sebagai telefon pintar skrin melengkung paling lasak, manakala X9b pula mencatat jualan tertinggi hingga melayakkannya dinobatkan ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Nombor Satu di Malaysia’.
Momentum itu diteruskan dengan HONOR X9c 5G yang dilancarkan pada 2024 dan digelar sebagai ‘Raja Tahan Jatuhan’. Model ini melonjakkan lagi reputasi Siri X, sekaligus menetapkan standard baharu ketahanan telefon pintar kelas pertengahan.
HONOR Siri X terus kuasai pasaran
Dominasi Siri X jelas terbukti apabila menguasai 33 peratus pasaran pada 2023, sebelum meningkat kepada 55 peratus pada 2025. Ini bermakna, daripada dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia, salah satunya ialah Siri HONOR X.
Pencapaian itu bukan sekadar membuktikan keunggulan produk, malah menzahirkan kepercayaan jutaan pengguna di seluruh negara terhadap jenama HONOR.
Kehadiran HONOR X9d 5G
Tahun ini, HONOR sekali lagi bakal menggegarkan pasaran dengan pelancaran HONOR X9d 5G, model baharu ini mencatat tiga pencapaian luar biasa:
- Telefon pertama di dunia dengan Pensijilan Prestasi Premium Ketahanan Tiga Kali Ganda SGS.
- Peranti pertama di pasaran dengan perlindungan rintangan air dan debu IP69K.
- Telefon pintar dengan bateri terbesar di dunia berkapasiti 8,300mAh.
HONOR X9d 5G bukan sekadar tahan lasak, malah dicipta untuk bertahan dalam apa jua keadaan termasuk jatuhan dan persekitaran ekstrem.
Perlindungan lebih menyeluruh
Selain ketahanan perkakasan, HONOR turut menawarkan jaminan perlindungan pasca jualan yang menyeluruh. Ini termasuk lanjutan jaminan dan pilihan penggantian skrin bagi memberi ketenangan kepada pengguna. Seiring pelancaran model baharu ini, pelan perlindungan yang lebih komprehensif juga akan diperkenalkan.
Legasi terus kukuh
Daripada pendatang baharu empat tahun lalu, kini Siri HONOR X menjadi fenomena nasional dengan reputasi sebagai peranti tahan lasak, boleh dipercayai dan inovatif. Kehadiran HONOR X9d 5G mengukuhkan lagi legasi itu serta membuktikan Siri X kekal sebagai pilihan utama rakyat Malaysia untuk gaya hidup moden.
Orang ramai berpeluang menyaksikan pelancaran rasmi HONOR X9d 5G secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia pada Rabu, jam 3 petang, 24 September.
Maklumat lanjut mengenai model ini boleh diperoleh di laman rasmi HONOR Malaysia atau Facebook rasmi mereka.