Persediaan pelaksanaan subsidi RON95 mencukupi - Amir Hamzah
Iklan
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan. Gambar hiasan
GEORGE TOWN - Persediaan pelaksanaan subsidi petrol sudah mencukupi apabila semua syarikat minyak mengesahkan kesediaan mereka, termasuk mesin di kedai dan sistem di pam stesen minyak.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerjasama dengan syarikat-syarikat minyak telah dijalankan sejak hujung tahun lalu bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar.
Iklan
Iklan
“Kita sudah mula projek ini sejak lama. Ramai bertanya kenapa kelulusan untuk melaksanakannya agak lambat, tetapi pendirian kerajaan adalah kita mahu memastikan apa yang dibuat berjalan dengan baik.
“Semua syarikat minyak sudah mengesahkan mereka bersedia dan mesin di kedai juga sudah disediakan.
Iklan
"Malah, kebanyakan syarikat minyak turut mengaktifkan sistem di 'outdoor payment terminal' mereka, sama ada di dalam, di luar stesen mahupun di pam itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar ketika menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang di sini pada Selasa.
Iklan
Tambah Amir Hamzah, kerajaan yakin persediaan itu mencukupi namun tidak menolak kemungkinan terdapat sedikit masalah teknikal pada peringkat awal.
“Tidak semua orang sempurna. Kadang-kadang ada perkara yang tidak berjalan seperti dirancang.
"Jadi saya harap masyarakat bersabar kerana apabila sesuatu yang baharu diperkenalkan, mungkin ada keadaan (dalam peratusan yang kecil) yang tidak berjalan dengan baik.
“Tetapi kerajaan akan menunaikan janji bahawa jika harganya adalah RM1.99, kita akan menepati janji tersebut,” katanya.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan.
Beliau berkata, bagi bukan warganegara pula, harga RON95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh sama.
Anwar berkata, penyasaran subsidi BUDI95 bermula 30 September ini dengan semua warganegara layak untuk harga RM1.99 dan pada masa sama harga di pam dinaikkan kepada harga tanpa subsidi.
Jelasnya, sebelum tarikh kuat kuasa dan sebagai penghargaan, warga polis dan tentera akan mula menikmati harga RM1.99 seliter pada hari Sabtu, 27 September 2025.
Di samping itu, golongan B40 yang penerima Sumbangan Tunai Rahmah juga boleh mula menikmati harga RM1.99 seliter bermula hari Ahad, 28 September 2025.
Pelaksanaan itu bagi membolehkan rakyat dapat membiasakan diri dengan mekanisme RON95 secara berperingkat.
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.