Proses baiki lubang benam di Jalan Burma dijangka siap lima hari - IWK
Iklan
Lubang benam dikesan di Jalan Burma, George Town pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Rajendran
GEORGE TOWN – Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan kerja pembaikan kebocoran paip berdiameter 21 inci sepanjang 13 meter yang menyebabkan kejadian lubang benam di Jalan Burma disiapkan dalam tempoh lima hari.
Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memohon agar tempoh pembaikan itu dipendekkan bagi mengurangkan kesan kesesakan lalu lintas serta gangguan kepada peniaga dan penduduk setempat.
Iklan
Iklan
Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran berkata, pihaknya telah meluluskan kebenaran penutupan jalan bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih, namun menekankan agar projek itu diselesaikan lebih cepat.
Menurutnya, pihak IWK dengan kerjasama MBPP telah memutuskan supaya kerja dilakukan pada waktu malam bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya pada siang hari.
Iklan
Tambahnya, sekiranya dilakukan sepanjang hari, hanya satu lorong boleh dibuka dan ini akan menyebabkan kesesakan serius, terutama di kawasan Jalan Penang hingga ke Jalan Macalister.
“IWK mensasarkan kerja pembaikan siap dalam masa lima hari tetapi kita telah meminta supaya tempoh itu dipendekkan jika boleh.
Iklan
"Kita tidak mahu kesesakan berlarutan terlalu lama kerana kawasan ini merupakan laluan utama di tengah bandar.
"Pada waktu siang, dua lorong masih dibuka untuk mengurangkan kesesakan manakala kerja besar dilakukan pada waktu malam dengan hanya satu lorong dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Isnin.
Sebelum ini, Jalan Burma ditutup sementara pada Ahad susulan kejadian lubang benam berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer.
MBPP memaklumkan penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang iaitu dari Komtar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma, bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilakukan.
Susulan itu, pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh pembaikan.
Dalam pada itu, Rajendran berkata, walaupun kawasan penutupan jalan sebenar hanya kira-kira 20 meter, kesan kesesakan dijangka melibatkan laluan sehingga 200 meter menghala ke pusat bandar.
“MBPP akan terus memantau dan memberi kerjasama penuh supaya kerja ini dapat disiapkan dalam tempoh yang paling singkat.
"Kebocoran berkenaan dikesan pada pagi Sabtu lalu sebelum segera dilaporkan kepada pihak IWK. Pemeriksaan awal mendapati paip asbestos simen sepanjang 13 meter itu perlu diganti sepenuhnya bagi mengelakkan risiko kebocoran berulang dan masalah pembetungan yang lebih serius," ujarnya.
Jelasnya, IWK memulakan kerja pengorekan sejak Ahad bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan sebelum mengambil keputusan untuk mengganti keseluruhan paip.
"Kerja-kerja pembaikan perlu dipercepatkan kerana kawasan sekitar Jalan Penang merupakan lokasi tumpuan pelancong selain menempatkan banyak premis perniagaan yang aktif pada waktu siang.
“Penduduk dan peniaga sudah mula merasai kesan kerja ini. Justeru, kita berharap semua pihak bersabar kerana ia hanya sementara. Yang penting, masalah ini perlu diselesaikan segera supaya tidak berulang,” katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.