Jangan Port Dickson sahaja, tengok juga nama tempat-tempat lain

Iklan
Secara jujur, nama Port Dickson itu sudah cukup kuat. Dah sebati pun dalam fikiran rakyat Malaysia.

BARU-BARU ini ada cadangan untuk menukar nama pantai peranginan Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pantai Dermaga kononnya lebih sesuai dengan identiti tempatan dan berbunyi Melayu.

Cadangan itu menarik, cuma sebagai peminat nombor satu pantai tersebut, Merak Jalanan sebenarnya tak kisah pun pasal nama ini. Tukar boleh, tak tukar pun boleh.

Iklan
Iklan

Yang lebih penting kebersihan pantai, kemudahan untuk pengunjung dan suasana yang mesra pelancong.

Secara jujur, nama Port Dickson itu sudah cukup kuat. Dah sebati pun dalam fikiran rakyat Malaysia. Lagi pun, nama itu ada ceritanya tersendiri yang boleh menjadi bahan sejarah untuk generasi akan datang.

Iklan

Selain itu kena fikir juga kos yang perlu ditanggung. Tukar papan tanda, dokumen rasmi, promosi pelancongan, kesemua itu memerlukan pelaburan besar. Bukan sikit-sikit.

Perkara ini jadi lebih kritikal apabila kita sedang menuju ke Tahun Melawat Malaysia 2026. Bayangkan pelancong asing datang, tiba-tiba tak jumpa tempat sebab nama dah berubah.

Iklan

Alang-alang dah sebut tentang nama Inggeris ini, Merak Jalanan nak sentuh satu perkara lagi yang saling berkaitan.

Perasan atau tidak, sekarang ini terdapat kawasan baharu dibangunkan termasuk premis perniagaan dengan nama-nama yang menggunakan perkataan Inggeris. Anda boleh cari sendiri di Google.

Jadi, daripada menyarankan nama Port Dickson ditukar, lebih baik tengok balik kawasan-kawasan baharu yang menggunakan perkataan Inggeris.

Mungkin kerajaan boleh mengharamkan terus menamakan kawasan yang hendak dibangunkan dengan nama Inggeris.

Tapi Merak Jalanan percaya, ia bukanlah mudah. Mesti ada tak setuju.

Apa yang Merak Jalanan nampak, ada pihak yang bersungguh-sungguh mahu martabatkan bahasa Melayu, tapi satu pihak lagi selesa dengan nama Inggeris.

Nampak tak ada persepakatan dari segi penggunaan nama ini.