Venezuela mula latih orang awam hadapi serangan Amerika Syarikat

Iklan
Anggota Majlis Komuniti dan Majlis Sivil memegang senjata semasa latihan ketenteraan di Fort Tiuna, Caracas. Foto AFP

MEXICO CITY - Kerajaan Venezuela sedang melatih orang awam menggunakan senjata untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku serangan oleh Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Jerman dpa.

Di bawah slogan 'Berek turun ke rakyat', tentera telah memulakan sesi latihan pertama di beberapa kawasan di seluruh negara, kata Presiden Nicolás Maduro pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Beliau turut menggesa para petani Venezuela bersiap sedia dan, jika perlu, mengangkat senjata secara beramai-ramai.

"Rakyat Venezuela berkata kepada empayar: Hentikan ancaman!" kata Maduro ketika berucap kepada petani dalam sebuah perhimpunan.

Iklan

Maduro mendakwa walaupun AS mengancam Venezuela, negara Amerika Selatan itu kini lebih bersatu padu berbanding sebelumnya dalam mempertahankan kedaulatannya.

Beberapa hari lepas, Venezuela melancarkan latihan ketenteraan berskala besar di Caribbean ketika ketegangan dengan AS semakin meningkat.

Iklan

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera AS menyerang beberapa bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah di perairan selatan AS, menyebabkan beberapa orang terbunuh.

Presiden Donald Trump menuduh Venezuela menghantar dadah ke AS.

Selain itu, Trump turut mengancam Maduro dengan tindakan drastik sekiranya pemerintahannya gagal mengambil semula beberapa rakyat tertentu dengan segera, termasuk individu yang didakwa sebagai penjenayah serius. - Bernama-dpa