Kenaikan cukai tanah hingga 200 peratus bebankan rakyat - MCA Pulau Pinang
Iklan
Teik Cheng
GEORGE TOWN – MCA Pulau Pinang menyifatkan keputusan kerajaan negeri mewartakan kadar cukai tanah baharu bermula 1 Januari depan sebagai langkah terburu-buru dan tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat.
Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, kenaikan cukai antara 29 hingga 200 peratus itu akan menambah beban kewangan lebih 370,000 pemilik tanah melibatkan kategori kediaman, pertanian dan institusi keagamaan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, walaupun Ketua Menteri menyatakan pelaksanaan ini tertangguh selama 31 tahun, namun masa dan kadar kenaikan yang diputuskan jelas tidak sesuai dengan keadaan ekonomi yang sedang menekan rakyat Pulau Pinang.
“Apa yang diputuskan ini juga bercanggah dengan janji Pakatan Harapan (PH) untuk meringankan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Iklan
Teik Cheng yang juga Naib Presiden MCA berkata, antara kesan kenaikan itu termasuk peningkatan kos pengeluaran makanan, kenaikan kos dalam rantaian bekalan daging tempatan serta bayaran minimum RM50 setiap lot yang turut melibatkan masjid, rumah ibadat bukan Islam dan tanah perkuburan.
Menurutnya, tawaran diskaun sementara antara 2026 hingga 2028 yang diumumkan kerajaan negeri juga tidak menyelesaikan kebimbangan golongan B40, M40, petani kecil dan organisasi keagamaan yang bergantung kepada derma.
Iklan
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan negeri pimpinan PH menilai semula kadar baharu itu dengan melibatkan pihak berkepentingan yang terkesan serta memastikan pelaksanaannya dibuat berlandaskan prinsip keadilan dan kemampuan.
“Pengecualian atau diskaun lebih besar wajar diberikan kepada petani kecil serta isi rumah berpendapatan rendah.
“Manakala kadar minimum RM50 yang dikenakan ke atas rumah ibadat dan tanah perkuburan perlu ditarik balik. Jika kerajaan negeri enggan mendengar, ia akan dianggap sebagai pentadbiran yang angkuh dan tidak peka,” katanya.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan bahawa selepas hampir 30 tahun tidak dikaji semula, Kerajaan Pulau Pinang akan melaksanakan pewartaan kadar baharu cukai tanah bermula 1 Januari 2026, melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh negeri.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu dibuat selepas kadar semasa yang dikuatkuasakan sejak 1994 tidak lagi relevan dan menyebabkan hasil cukai negeri tidak meningkat dalam tempoh yang panjang.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.