Misi flotilla: Semua kapal selamat, tiada serangan dron atau sabotaj - PU Rahmat

Iklan
PU Rahmat memasang bendera Jalur Gemilang di atas kapal dinaiki. Foto: Facebook Rahmat Sumud Nusantara.

SHAH ALAM – Semua kapal misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat tanpa sebarang serangan atau cubaan sabotaj setakat Khamis.

Perkembangan positif itu dikongsikan seorang peserta misi kemanusiaan berkenaan, Rahmat Ikhsan atau PU Rahmat menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Hantaran PU Rahmat di Facebook pada Jumaat.

"8 pagi waktu tempatan. Semalam semua kapal selamat. Tiada serangan dron, tiada sabotaj. Alhamdulillah," katanya.

Iklan

Terdahulu, beliau turut meluahkan rasa berpuas hati apabila melihat bendera Jalur Gemilang berkibar megah atas kapal terbabit.

Semua sukarelawan dari Malaysia bernaung di bawah panji Sumud Nusantara diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah penaung Sumud Nusantara melibatkan Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediteranean dengan membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada pertengahan bulan ini.

Secara keseluruhan, GSF membabitkan lebih 1,000 sukarelawan yang menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat iaitu memecah kepungan terhadap Gaza.